Tiada cadangan untuk mengurangkan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke luar negara, ujar Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Bagaimanapun, jelasnya, MARA akan mengubahsuai penajaan pelajar dengan menempatkan mereka di negara yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah.
"Sebagai contoh, dahulu bidang perubatan kita tumpu pada negara tertentu tetapi sekarang kita kurangkan hantar (pelajar) ke United Kingdom dan kita tumpu India. Ini berikutan kos sara hidup di UK yang tinggi," katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz di Dewan Rakyat.
Langkah itu katanya, disebabkan suasana ekonomi semasa yang menyebabkan MARA dan kementerian perlu mengubahsuai penajaan ke luar negara.
Malah, inisiatif berkenaan membolehkan penambahan pelajar ke luar negara dilakukan.
"Kita akan kurangkan penghantaran ke negara tertentu secara berperingkat dan kita akan hantar mereka dari UK ke India kerana kos sara hidup yang tinggi. Jadi dengan cara ini, kita boleh hantar lebih ramai pelajar ke luar negara," katanya lagi.
Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Lumut, Mohammad Imran Abdul Hamid, yang mahu tahu sama ada kerajaan ada cadangan untuk membina lebih banyak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) , jelas Ahmad Jazlan perkara itu akan dikaji kerajaan memandangkan jumlah permohonan yang meningkat setiap tahun.
"Memang kita akui ada yang pelajar mendapat 4A turut merayu untuk masuk MRSM dan kita juga melihat latar belakang dari segi kemampuan keluarga. Kita akan bantu tetapi untuk ke MRSM tempatnya terhad. Kita setuju jika cadangan penubuhan MRSM yang baru dikaji," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kemampuan kerajaan dan faktor ekonomi semasa.
Rahimah Abdullah
Mon Apr 04 2016
MARA akan mengubahsuai penajaan pelajar dengan menempatkan mereka di negara yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada cadangan kurangkan jumlah pelajar tajaan MARA ke luar negara
Tiada cadangan untuk mengurangkan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke luar negara, ujar Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.