[TERKINI] Mesyuarat Khas Thailand–Kemboja Capai Gencatan Senjata Serta-Merta – Baca Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Tiada cadangan naikkan nilai ambang SST sektor pembinaan - Ahmad Maslan

Faida Rahim 28/07/2025 | 03:35 MYT
Ahmad turut memberi amaran bahawa kontraktor yang sering menerima lanjutan masa projek (EOT) dan dikenakan denda kerana kelewatan, berisiko tidak dianugerahkan projek baharu oleh kerajaan. - Gambar hiasan/Dagang News
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menaikkan nilai ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai bagi sektor pembinaan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menjelaskan bahawa tiada perbincangan atau permohonan rasmi dikemukakan kepada Kementerian Kewangan berhubung perkara tersebut.

“Setakat ini, nilai ambang RM1.5 juta kekal dan tiada rancangan untuk dinaikkan kepada RM3 juta. Ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan kami belum mengusulkan sebarang perubahan,” katanya ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN–Kuala Krai) di Dewan Rakyat.

Ahmad turut memberi amaran bahawa kontraktor yang sering menerima lanjutan masa projek (EOT) dan dikenakan denda kerana kelewatan, berisiko tidak dianugerahkan projek baharu oleh kerajaan.

“Kita tidak suka EOT, kita suka AOT - ‘ahead of time’. Jika kontraktor gagal siapkan projek selepas dua atau tiga lanjutan, mereka akan dikenakan denda LAD (Liquidated Ascertained Damages), yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sehari bergantung kepada jumlah hari kelewatan,” jelas beliau.

Beliau menegaskan bahawa rekod penalti yang kerap menjadi penghalang kepada penyertaan semula kontraktor dalam projek kerajaan akan datang.






#Kementerian Kewangan #Ahmad Maslan #Kementerian Kerja Raya KKR #nilai ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai