Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata hukuman yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 itu sehingga kini dilihat berjaya mendidik individu untuk membayar cukai mengikut tempoh yang ditetapkan.
"LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah menyerahkan segalannya kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menentukan hukuman yang adil dan saksama (yang perlu dijatuhi kepada pesalah).
"Hukuman seperti itu juga dilihat berjaya mendidik individu (untuk membayar cukai) dan ini terbukti apabila jumlah kutipan cukai individu menunjukkan peningkatan kira-kira 10 peratus pada 2010 dan 2011," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) sama ada kerajaan bercadang untuk memansuh atau meminda hukuman sedia ada bagi meringankan beban pembayar cukai.
Lim berkata antara hukuman sedia ada yang dikuatkuasakan bagi kesalahan gagal membayar cukai pendapatan ialah penalti lewat membayar cukai, pengeluaran arahan sekatan perjalanan ke luar negara dan berdepan hukuman saman serta didakwa atau dipenjara.
Sementara itu, menjawab soalan Fong mengenai bilangan pembayar cukai pendapatan, Lim berkata sepanjang tempoh lima tahun iaitu antara 2007 sehingga 2011, seramai 8.61 juta individu telah melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.
"Jumlahnya sentiasa meningkat bagi tempoh itu dan pada tahun lepas seramai 1.78 juta individu telah membayar cukai berbanding 1.76 juta pada 2010," katanya.
Pada 2009 seramai 1.72 juta orang telah membayar cukai, pada 2008 (1.75 juta orang) dan pada 2007 (1.6 juta orang).
Beliau berkata seramai 4.07 juta orang pula dikesan gagal membayar cukai dalam tempoh itu iaitu 840,000 pada tahun lepas, 640,000 orang pada 2010, 730,000 orang (2009), 1.1 juta orang (2008), dan 760,000 orang (2007).
Bernama
Thu Nov 08 2012
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.
Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.
LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente
Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.
Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.
Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.