awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan wajibkan pengambilan dos penggalak - Dr Noor Azmi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/03/2022
09:22 MYT
Tiada cadangan wajibkan pengambilan dos penggalak - Dr Noor Azmi
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sejak daripada pengenalan vaksin mulai tahun 1950-an lagi, kerajaan tidak pernah mewajibkan pengambilannya. - Gambar fail/BERNAMA
BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia.
Sebaliknya, kerajaan mengambil inisiatif memberi nasihat secara bersungguh-sungguh agar rakyat mengambilnya.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sejak daripada pengenalan vaksin mulai tahun 1950-an lagi, kerajaan tidak pernah mewajibkan pengambilannya.
"Kita dah buat vaksinasi bukan benda baru, sejak 1950-an lagi, daripada kita kecil sampai ke umur lima tahun, memang tiap-tiap bulan ada cucuk dan kita tidak pernah mewajibkan, tak pernah mewajibkan cucuk ini.
"Tapi kita nasihat (supaya ambil) kerana untuk pengetahuan semua orang, banyak penyakit-penyakit seperti polio, campak, hepatitis dan sebagainya, telah turun dalam dunia ini, telah menyelamatkan nyawa orang kerana ada program vaksinasi ini," jelasnya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 Pertubuhan Kebajikan Agama Islam dan Masyarat Melayu Komuniti Bagan Serai di Surau Al-Asriah pada Ahad.
Menurutnya, dos penggalak bukan sahaja untuk COVID-19 tetapi juga penyakit-penyakit lain seperti hepatitis.
Malah, kakitangan perubatan perlu mengambil suntikan vaksin influenza setiap tahun.
Katanya, setakat ini sekitar 63.7 peratus rakyat Malaysia telah menerima dos penggalak, masih jauh dari sasaran 80 peratus.
Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan terdapat beberapa pihak mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk mewajibkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19.
Beberapa warga Ipoh yang ditemui berpendapat, pemberian dos penggalak akan merancakkan kembali aktiviti seharian rakyat, kerana dapat menambah imuniti penerimanya.
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Wajib
#vaksin COVID-19
#Timbalan Menteri Kesihatan I
#Dr Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan