MALAYSIA
Tiada 'cover up' dalam siasatan penyelewengan dana zakat - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang usaha cover up untuk melindungi mana-mana individu terlibat dalam dakwaan penyelewengan dana zakat dan tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, rasuah atau penyalahgunaan kuasa, terutama melibatkan dana yang diamanahkan untuk kebajikan umat Islam.
"Dana yang diamanahkan untuk kebajikan umat Islam mesti diuruskan dengan penuh integriti, amanah dan ketelusan. Saya mengambil maklum laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan bantuan dana zakat di bawah sebuah agensi agama.
"Saya dimaklumkan bahawa siasatan dalaman telah dimulakan dan laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan menyeluruh," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Mohd Na'im turut merakamkan penghargaan kepada individu dan masyarakat yang berani tampil melaporkan salah laku tersebut, sambil menyifatkan keberanian mereka sebagai contoh integriti bersama yang wajar dicontohi.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa, dengan jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara serius tanpa sebarang kompromi.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama supaya tidak mengkhianati amanah yang diberikan, kerana kegagalan menjaga integriti bukan sahaja mencemar nama institusi, malah menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama.
Mohd Na'im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus bekerjasama rapat dengan SPRM dan agensi penguat kuasa lain bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Semalam, SPRM Kuala Lumpur dilaporkan menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun, kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu, ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, sebelum Mahkamah Majistret membenarkan perintah reman selama empat hari hingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA