awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
17/02/2025
11:06 MYT
Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Muhammad Radzi berkata, KKM tidak pernah tetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilaporkan sebuah portal berita minggu lepas.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, menafikan dakwaan bahawa tempoh pengesahan doktor pakar adalah 18 bulan dan pegawai perubatan menerima kurang daripada separuh gaji yang sepatutnya.
  • Kajian mengenai penyelarasan elaun Bayaran Insentif Pakar (BIP) sedang berada di peringkat akhir dan sebarang keputusan akan diumumkan secara rasmi setelah dimuktamadkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dakwaan bahawa KKM mewajibkan tempoh pengesahan sebagai doktor pakar sehingga 18 bulan dan pegawai perubatan menerima kurang daripada separuh gaji yang sepatutnya juga tidak benar sama sekali.
"Pada masa yang sama, Akta Perubatan (Pindaan) 2024 (Akta A1729) iaitu pindaan pada 2024 terhadap Akta 50 belum dikuatkuasakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kajian mengenai penyelarasan elaun Bayaran Insentif Pakar (BIP) kini berada di peringkat akhir untuk diselarikan dengan lunas undang-undang.
"Sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan secara rasmi setelah dimuktamadkan dengan agensi-agensi pusat," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata sebarang perubahan penyelarasan elaun hanya akan terpakai kepada pengamal perubatan yang tamat latihan kepakaran selepas Akta A1729 dikuatkuasakan.
Menerusi artikel 'Bantah Dasar Baharu Sahkan Doktor Pakar' yang disiarkan 10 Feb itu, portal berkenaan mendakwa lanjutan tempoh tersebut terkandung dalam garis panduan yang dipinda menerusi Akta 50 dan Perintah-Perintah Am Bab F (Perubatan) Jabatan Perkhidmatan Awam 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#tempoh pengesahan doktor pakar
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#akta perubatan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan