awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada diskriminasi dalam pemberian taraf kewarganegaan - Timbalan Menteri

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2020
07:10 MYT
Tiada diskriminasi dalam pemberian taraf kewarganegaan - Timbalan Menteri
Ismail Mohamed Said menegaskan, tiada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum berhubung pemberian taraf kewarganegaraan
Tiada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada penduduk di Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Menurut beliau, pemberian taraf kewarganegaraan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selain penyediaan dokumen permohonan lengkap.
"Kerajaan tidak pernah melakukan diskriminasi kaum berdasarkan warna kulit. Bagi mereka yang mengambil anak angkat, mereka perlu melalui proses mahkamah dan kita ada syarat tertentu," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta penjelasan daripada kerajaan berkaitan jumlah anak angkat yang telah ditarik kerakyatan mengikut kaum dan menjawab dakwaan individu yang menjadi mengsa diskriminasi semasa proses membuat kad pengenalan dengan melihat kepada warga kulit.
Terdahulu, Ismail menjelaskan, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah individu yang tidak mempunyai kewarganegaraan di negara ini.
Kelahiran yang berlaku di Malaysia katanya, tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
"Kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen," katanya.
Jelasnya, kementerian menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman.
Inisiatif itu, katanya, dilakukan menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan Bas Mobile.
“Program Mekar menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran kad pengenalan, kelahiran dan kematian.
"Selain daripada itu, JPN turut mengadakan taklimat mengenai kepentingan dokumen pengenalan diri dan kerjasama strategik secara berkala bersama jabatan pendidikan negeri, kerajaan Negeri melalui Ketua Kaum Ketua Masyarakat bagi mengenal pasti serta mendaftarkan murid-murid sekolah serta penduduk yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Imigresen
#Parlimen
#perkahwinan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan