Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Tiada diskriminasi terhadap bukan Bumiputera dalam pengambilan anggota PDRM - Shamsul Anuar

Firdaus Azil 20/11/2025 | 03:26 MYT
Shamsul Anuar berkata proses pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal dan lulus tapisan keselamatan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada kuota khusus ditetapkan bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.


Ringkasan AI
  • Tiada kuota khusus ditetapkan bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia; proses pengambilan berdasarkan merit, kelayakan akademik, kesihatan, kecergasan fizikal, dan lulus tapisan keselamatan.
  • PDRM kini mempunyai 136,503 anggota dan pegawai awam, di mana 5.5% adalah bukan Bumiputera; inisiatif dilaksanakan termasuk kelonggaran syarat fizikal dan akademik untuk calon bukan Bumiputera.
  • Proses pengambilan anggota PDRM melibatkan hebahan melalui media, permohonan mengikut kriteria skim perkhidmatan SPA, ujian fizikal, tapisan keselamatan, dan rekod jenayah; jaminan proses lantikan dan kenaikan pangkat bebas daripada diskriminasi kaum atau agama.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Sebaliknya, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, proses pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal dan lulus tapisan keselamatan.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, PDRM mempunyai 136,503 anggota dan pegawai awam, dengan 7,581 atau 5.5 peratus adalah bukan Bumiputera, kata Shamsul Anuar.

“PDRM telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi kelonggaran syarat lantikan kepada calon bukan Bumiputera seperti fizikal dan akademik, di samping giatkan promosi libat urus di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan komuniti setempat.

“Langkah ini bertujuan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme dan integriti pasukan,” kata Shamsul Anuar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menjelaskan proses pengambilan anggota PDRM melibatkan hebahan melalui media dan saluran rasmi, permohonan mengikut kriteria skim perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), serta tapisan kelayakan, ujian fizikal dan rekod jenayah.

“PDRM jamin proses lantikan dan kenaikan pangkat bebas daripada diskriminasi kaum atau agama. Malah, untuk bukan Bumiputera, kita buat kelonggaran syarat fizikal dan akademik serta promosi aktif,” jelasnya lagi.








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 31 Ogos tahun ini?
    A: PDRM kini mempunyai 136,503 anggota dan pegawai awam.
  • Q: Berapakah peratusan anggota PDRM yang adalah bukan Bumiputera?
    A: Terdapat 7,581 anggota atau 5.5% daripada anggota PDRM adalah bukan Bumiputera.
  • Q: Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PDRM bagi calon bukan Bumiputera dalam proses pengambilan anggota?
    A: PDRM memberi kelonggaran syarat lantikan kepada calon bukan Bumiputera seperti fizikal dan akademik, serta giatkan promosi libat urus di sekolah, IPT dan komuniti setempat.



#PDRM #pengambilan anggota polis #kuota bukan Bumiputera #Shamsul Anuar Nasarah