awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis

Bernama
Bernama
23/08/2020
08:33 MYT
Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Polis memberitahu, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak. - Media sosial
Tiada elemen gangsterisme atau kumpulan haram ditemui dalam pergaduhan kumpulan di Dataran Merdeka awal pagi tadi kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Addullah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, malah salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.
"Kami menerima panggilan pada 1.29 pagi tadi, mengenai kejadian pergaduhan melibatkan beberapa remaja yang dilihat menggunakan topi keledar di Dataran Merdeka. Kami dengan segera mengerakkan pegawai kami termasuk pasukan Ops Cantas daerah ke lokasi, namun apabila tiba di tempat kejadian, tiada pergaduhan berlaku.
"Dipercayai salah faham antara dua kumpulan remaja di lokasi menjadi penyebab pergaduhan itu dan bukannya gangsterisme atau aktiviti kumpulan haram," kata Mohd Fahmi dan menambah tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun beliau berkata, seorang pegawai daripada pusat kawalan daerah telah membuat satu laporan berkaitan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata di tempat rusuhan.
Sebuah video 15 saat telah viral di sosial media awal hari ini menunjukkan kira-kira tujuh remaja, dengan sebahagian mereka bersenjatakan topi keledar, bergaduh di Dataran Merdeka di sini.
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#gangsterisme
#kumpulan haram
#Ops Cantas
#pergaduhan
#rusuhan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan