awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB

Bernama
Bernama
11/07/2024
10:01 MYT
Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika berucap pada Program Ahli Politik dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bagi Memperkasa Budaya Tolak Rasuah di Kota Darul Naim hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada pemimpin khususnya exco-exco negeri disabit dengan kesalahan rasuah, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata ini berikutan dasar membangun bersama Islam yang berteraskan elemen aqidah, ibadah dan akhlak itu telah berjaya membentuk jati diri serta memandu kepimpinan di setiap peringkat untuk menolak jenayah rasuah dalam tadbir urus kerajaan.
"Amalan rasuah dalam apa sahaja situasi atau bentuk wajib diletakkan garis sempadan pada diri kita semua dan mengambil sikap berwaspada sewaktu perundingan agar tidak terjebak dengan amalan rasuah.
"Jenayah ini bukan hanya merosakkan imej institusi pentadbiran dan keluarga, malah di akhirat kelak Allah humbankan pelaku rasuah tidak kira sama ada pemberi, penerima atau orang tengah ke dalam api neraka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ahli Politik dan SPRM Kelantan 'Komited Memperkasa Budaya Tolak Rasuah' di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Rosli Husain berkata peranan ahli politik amat penting dalam memastikan tadbir urus yang baik serta berintegriti supaya menjadi pemimpin contoh yang menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#exco negeri Kelantan
#terbabit rasuah
#menteri besar kelantan
#SPRM
#Mohd Nassuruddin Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan