Tiada gempa bumi di Sri Aman, Sarawak

Rohana Wahed
Jun 16, 2018 12:44 MYT
MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, laporan gempa bumi terakhir dikesan pada jam 8.57 pagi, Jumaat.
Tiada gempa bumi di Sri Aman, Sarawak seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial sejak pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, laporan gempa bumi terakhir dikesan pada jam 8.57 pagi, Jumaat.
Gempa dicatatkan pada kedalaman 10 kilometer di Irian Jaya, Indonesia pada magnitud 5.6 skala Richter, berpusat di 213 kilometer di barat Jayapura.
BACA: Gempa bumi 5.6 skala Richter gegar Irian Jaya
Pada pagi tadi terdapat laporan di media sosial bahawa beberapa tempat di Sri Aman dikatakan mengalami gegaran selama 4 ke 5 saat di antara 3.45 petang hingga 4 petang.
#gempa bumi #Irian Jaya #Jabatan Meteorologi Malaysia #Jayapura #MetMalaysia #Sarawak #Sri Aman