awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat - Bung Moktar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
23/03/2022
05:18 MYT
Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat - Bung Moktar
Selaku Menteri Kerja Raya negeri, Bung Moktar (kiri) juga mahu setiap masalah gangguan bekalan air di Sabah dapat diselesaikan dengan kadar segera. - Foto Japen Sabah.
KOTA KINABALU: "Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat,".
Demikian tegas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika menjawab soalan tambahan mengenai masalah air di Sandakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.
Selaku Menteri Kerja Raya negeri, beliau juga mahu setiap masalah gangguan bekalan air di Sabah dapat diselesaikan dengan kadar segera.
"Kalau boleh diselesaikan kita selesaikan kerana tugas kita ini memudahkan rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat. Saya ini kalau boleh selesaikan hari ini, kita selesaikan hari ini, jangan ditangguh lagi.
"Tiada guna kita pegang jawatan kalau tidak boleh selesaikan masalah rakyat. Cuma untuk menyelesaikan masalah di Jalan Aman Sandakan, saya akan meminta Jabatan Air Negeri Sabah di Sandakan untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera," katanya.
Terdahulu, Calvin Chong Ket Kiun [BEBAS-Elopura] mahu kementerian mengambil tindakan susulan ketiadaan air yang didakwa berlaku di Jalan Aman, Sandakan sejak tiga minggu lalu.
Selain itu, menjawab mengenai punca kekerapan gangguan bekalan air di Sandakan, Bung Moktar berkata ketika ini hanya satu daripada empat pam di Loji Rawatan Air yang membekal air ke daerah itu berfungsi sepenuhnya.
Beliau menjelaskan, tiga pam lagi sedang dinaik taraf mulai pertengahan tahun lalu hingga akhir tahun ini dengan dua daripadanya sudah siap dipasang.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Masalah Air Sabah
#Sandakan
#masalah rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan