MALAYSIA
Tiada had pembelian di PJRM Kembali ke Sekolah 2026 sepanjang musim cuti persekolahan - KPDN
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026 menawarkan diskaun 10 hingga 30 peratus bagi barangan keperluan persekolahan bermula 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
KUALA LUMPUR: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah (KKS) 2026 dilaksanakan secara inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kategori pendapatan.
Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Adiratno Che Ani, berkata PJRM KKS dilaksanakan sepanjang musim cuti persekolahan untuk membantu meringankan kos perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan yang baharu pada tahun hadapan.
Beliau turut menjelaskan, PJRM ini dilaksanakan untuk manfaat semua ibu bapa dan stigma dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan inisiatif Rahmah hanya untuk golongan kurang berkemampuan semata-mata adalah tidak benar.
“Apabila disebut RAHMAH, ia sering dianggap untuk golongan kurang berkemampuan, tetapi sebenarnya tidak. PJRM Kembali ke Sekolah ini kita sediakan untuk semua, tanpa mengambil kira sama ada T20 atau M40. Sesiapa yang merasakan mahu memanfaatkannya, mereka dipersilakan,” katanya dalam Program Agenda AWANI pada Rabu.
Program ini akan dilaksanakan sepanjang cuti sekolah, membolehkan pengguna mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
Adiratno menegaskan, walaupun barangan ditawarkan pada harga lebih rendah, ia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai berkualiti rendah, sebaliknya penurunan harga itu adalah hasil daripada subsidi kerajaan.
PJRM Kembali ke Sekolah juga berbeza dengan PJRM biasa yang menetapkan had pembelian bagi barangan keperluan asas seperti minyak dan gula.
“Namun bagi barangan keperluan sekolah, tiada had pembelian ditetapkan. Ini bermakna jika ada keluarga yang datang dan mahu membeli sehingga enam pasang sekalipun, kita tidak meletakkan sebarang halangan atau sekatan kerana tujuan utama program adalah untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam melengkap persiapan sekolah anak-anak.” tambahnya.
Selain PJRM Kembali ke Sekolah, beliau berkata KPDN turut menganjurkan PJRM bertema sempena perayaan utama, termasuk Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi, bagi memastikan barangan keperluan perayaan ditawarkan pada harga mampu milik.
KPDN berharap inisiatif ini dapat membantu rakyat mendepani peningkatan kos sara hidup dan dimanfaatkan secara bersama oleh semua lapisan masyarakat.
KPDN akan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali ke Sekolah 2026 dengan sasaran 269 siri penganjuran di seluruh negara bermula 20 Dis hingga 11 Jan ini.
Seperti takwim Program Jualan Rahmah MADANI yang lain, maklumat mengenai pelaksanaan PJRM Kembali ke Sekolah di seluruh negara boleh didapati menerusi portal rasmi KPDN DI SINI.