BAGAN SERAI: Kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pemberian suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat seperti yang disarankan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Sebaliknya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan dan mempergiat lagi program vaksinasi untuk keselamatan rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin.
“Pengambilan booster ni adalah sangat-sangat penting untuk meningkatkan daya tahan badan meningkatkan pertahanan badan dan juga memanjangkan lagi imuniti terhadap penyakit yang masih lagi sedang berleluasa sekarang ini.
“Jadi, cadangan Mufti Perlis supaya ditangguhkan tak perlu lah, tak perlu, tak perlu… semalam dah 44.4 peratus, 10.4 juta orang telah disuntik dan kita menjangkakan mencapai 60 peratus rakyat Malaysia diberi booster pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada program Jualan Keluarga Malaysia di tapak pasar tani, Pusat Bandar, Bagan Serai, pada Sabtu.
BACA: Vaksin COVID-19: 44.4 peratus individu dewasa lengkap dos penggalak
Menurutnya, berita orang sakit dan meninggal dunia selepas mengambil vaksin yang diviralkan memang benar, namun bedah siasat mendapati ia disebabkan penyakit lain yang dialami.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan KKM akan terus memperhebatkan program vaksinasi supaya rakyat mendapat data yang benar, sahih dan mengikut sains.
Pada Rabu, Mohd Asri menyarankan agar KKM menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.
Menurutnya, penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jan 22 2022

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sehingga kini belum ada kes kematian direkodkan disebabkan vaksin. - Gambar fail/BERNAMA

PKNS jangka catat keuntungan sehingga RM300 juta tahun ini - MB
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan mampu merekodkan peningkatan keuntungan sehingga RM300 juta pada tahun ini.

Cerita Sebalik Berita: Misi mencari Hadi
Wan Mohd Hadi Wan Ismail berusia 41 tahun dilaporkan hilang secara misteri dekat ladang kelapa sawit di Sg Kandis. Pencarian demi pencarian sudah dilakukan sejak 26 Januari lalu bagi mencari Wan Mohd Hadi yang juga penghidap skizofrenia. Lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman dalam Cerita Sebalik Berita kali ini.

Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan.

Wang kepada Zahid untuk dana politik bukan rasuah - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wang yang diberikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik.

Gema muzik Islamik di Panggung Anniversari
Raihan, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Naim Daniel Ahmad Dhani bakal serikan GOE, acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Selangor akan guna kaedah alternatif bagi pengeluaran makanan haiwan ternakan
Inovasi yang berdasarkan kajian dan pelaksanaannya oleh UKM itu adalah antara usaha mengurangkan kenaikan harga makanan haiwan ternakan.

Kes tunggakan cukai: Mahkamah benarkan Najib, Nazifuddin tangguh prosiding kebankrapan
Mahkamah membenarkan permohonan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.

Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik
Dua pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, lemas ketika mandi di tasik dalam kawasan pusat berkenaan, pada Khamis.

Cerita Sebalik Berita: Bekalan ayam, benarkah penternak protes?
Isu ayam di negara seolah-olah tiada noktahnya? Kali ini ada pula ura-ura yang mengatakan penternak bakal lakukan protes? Apa ceritanya? Cerita Sebalik Berita tanya Wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Abdul Kadir mengenai perkara itu.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi tuai emas kedua memanah compound
Juwaidi Mazuki memahat namanya sebagai pemenang selepas mengetepikan pencabar Thailand, Sirapop Chainak.

30.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kes HFMD catat peningkatan mendadak, 28,957 kes di seluruh negara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Syor terkini KKM berhubung pengambilan dos penggalak kedua, rawatan antiviral Paxlovid
Individu berusia 60 tahun ke atas boleh terima dos penggalak kedua bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,580,723 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: Colombia tawar warga emas dos penggalak kedua
Dos penggalak kedua terdiri daripada sama ada separuh dos vaksin Moderna atau dos penuh vaksin Pfizer-BioNTech.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,536,766 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

806,532 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,518,923 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.