KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menasihatkan golongan ibu bapa agar bersabar dengan proses kejayaan anak-anak dengan sentiasa memperkukuhkan ekosistem psikososial sokongan keluarga walau apa jua keputusan yang dicapai anak mereka dalam peperiksaan.
Menurutnya, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
"Ketika ini, apa yang penting adalah membantu anak-anak mempersiapkan diri mereka untuk perjalanan selanjutnya.
"Maka di atas pentas yang berbeda, anak-anak kita akan bersinar dalam ruang yang mereka paling selesa.
"Mungkin seni, sukan, falsafah, menyusun kertas, memasak, melipat kain, membuang sampah dan mengikut kita ke pasar," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Ia susulan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.
Pada masa sama, beliau berkongsi kisah kejayaan anak sulung yang digelar sebagai 'zero to hero'.
Katanya, dengan kehadiran enam cahaya mata, setiap mereka memerlukan pendekatan yang berbeza namun teras dan nilai asas tetap teguh.
"Ada satu perkara yang saya belajar sungguh daripada anak sulung kami, bahawa dalam apa jua keadaan, kepercayaan kami tetap utuh bahawa anak ini akan bersinar apabila tiba masanya! Maka saya dan suami harus sabar mendukung, mencipta ekosistem dan terus berdoa.
"Barangkali memang ada waktunya anak berasa terpinggir kerana tidak pernah menaiki pentas untuk menerima sebarang hadiah akademik, ketika adiknya saban tahun bergelar pelajar terbaik. Maka bermulalah proses kami menjaga ekosistem psikososial dan sokongan anak-anak dengan lebih kuat.
"Tiada tekanan untuk apa-apa kejayaan, yang ditumpukan adalah 'man jadda wajada' dan kita semua adalah kartika di langit seni masing-masing," katanya.
Tambah Fadhlina, kecekalan dan 'resilience' memaknai 'man jadda wajada' mula kelihatan ketika keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak sulungnya, malah keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) juga di luar jangkaan.
"Kelmarin, anakanda berkongsi keputusan peperiksaan beliau dan pencapaian anugerah dekan.
"Saya meminta izin untuk berkongsi sedikit kisah ini daripada anak saya untuk refleksi perjalanan kami yang sentiasa berkongsi semua perasaan bersama.
"Saya fikir, setelah sekian lama, anak sulung saya telah menemui rentak kehidupannya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 31 2024
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Banjir: 470 institusi pendidikan dioperasi sebagai PPS - Fadhlina
Sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.