PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran Bengkel Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan sebuah sekolah di Johor, yang tular baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, KPM menyatakan peserta bengkel berkenaan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang membuat persiapan sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut kenyataan itu lagi, bengkel itu juga merupakan satu daripada pelbagai perancangan pihak berkaitan bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM.
“Pada 19 dan 20 Januari 2023, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru.
“Ia melibatkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon Galus (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain,” menurut kenyataan itu.
KPM juga dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari 2023 bertempat di hotel yang sama.
“Hasil siasatan mendapati tiada isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki SPM dalam program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan pegangan agama berbeza sebagaimana yang didakwa,” menurut kenyataan itu lagi.
Begitupun, KPM menegaskan prestasi komunikasi akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
“Pendidikan adalah elemen utama yang merentas setiap kaum, agama dan bangsa. Proses dan carta alir penganjuran program oleh pihak sekolah adalah antara aspek yang sering diberi penekanan.
“KPM memohon kerjasama agar ibu bapa dan masyarakat terus menghubungi KPM melalui platform rasmi sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah terutamanya yang melibatkan murid-murid.
“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Baru-baru ini, tular dalam media sosial mendakwa sebuah sekolah di Johor Bahru mengadakan bengkel peperiksaan SPM untuk pelajar Islam sahaja, dan antara alasan diberikan adalah kerana ia hanya membabitkan subjek Pengajian Islam.
Bagaimanapun, ada pihak mendakwa subjek lain turut disentuh dalam bengkel itu, dan pelajar bukan Islam tidak dijemput untuk menghadiri program tersebut.
Ridauddin Daud
Tue Jan 24 2023

KPM menyatakan peserta bengkel berkenaan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang membuat persiapan sambutan Tahun Baharu Cina. - Gambar fail

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

KPM ambil tindakan pemulihan interim bagi aplikasi MOEIS, idME
Gangguan capaian sistem itu adalah disebabkan capaian trafik yang amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru.

Arab Saudi benarkan sekolah swasta kurangkan waktu pembelajaran
Arab Saudi membenarkan sekolah swasta dan antarabangsa yang bergabung dengan kerajaan mengurangkan waktu pembelajaran.

Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan - Fadhlina
Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Transformasi pendidikan ke arah lebih saksama, berdaya saing - Fadhlina
Kementerian Pendidikan hari ini berkongsi komitmen dan visi berkaitan dengan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing.

Tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran bengkel SPM di Johor - KPM
KPM menegaskan tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran Bengkel Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan sebuah sekolah di Johor, yang tular baru-baru ini.

KPM siasat video tular ibu dakwa terima wang BAP tak cukup
Seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang guru didakwa dengan sengaja mengurangkan jumlah asal wang BAP kepada RM100.

Peperiksaan SPM 2022 bermula 30 Jan, libatkan 403,637 calon
KPM dalam kenyataan hari ini berkata seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Feb hingga 15 Mac.

KPM cadang pertingkat kadar Bantuan Makanan Pra Sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan berusaha untuk meningkatkan kadar Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP) bagi di seluruh negara.

KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.