awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada isu pilih kasih salur bantuan banjir - Zahid Hamidi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/02/2023
05:31 MYT
Tiada isu pilih kasih salur bantuan banjir -  Zahid Hamidi
Kerajaan tidak pernah atau sama sekali bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat termasuklah di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah atau sama sekali bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan banjir kepada rakyat termasuklah di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebarang perbezaan politik perlu diketepikan bagi memastikan rakyat yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.
“Kita tidak pilih kasih, cuma prasangka (sesetengah pihak) sering dilemparkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)... bukan saya.
“Saya fikir dalam menangani soal banjir, ketepikan warna-warna politik yang berbeza demi rakyat dan kawasan yang kerap terkesan akibat banjir (dan) kita akan lakukan koordinasi,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN - Rantau Panjang) yang bertanyakan bila peruntukan wang bantuan banjir kepada rakyat di kawasannya akan disalurkan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, NADMA menyalurkan bantuan sebanyak RM68 juta, masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu bagi menangani soal banjir.
Dalam pada itu katanya, proses penyaluran bantuan banjir kini sedang berjalan dan pihak yang terjejas bakal menerimanya dalam masa terdekat.
Beliau turut memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir.
"Janji kita, sebelum mereka (mangsa banjir di pusat pemindahan sementara) pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dahulu (wang ihsan)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#NADMA
#mangsa banjir
#bantuan banjir
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan