awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar

Bernama
Bernama
02/05/2025
09:00 MYT
Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar
Anwar turut membayangkan ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei ini. - Gambar fail/Bernama
BANTING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada isu berbangkit berhubung Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang bercuti dalam suatu tempoh yang lama.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa cuti Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bukan isu, menyifatkan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja.
  • Rafizi dilaporkan bercuti sehingga 31 Mei, dengan spekulasi menyatakan ia berkaitan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan pemilihan parti, namun Anwar menekankan tiada masalah dengan keputusan tersebut.
  • Anwar turut membayangkan ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei, menyatakan keperluan untuk berehat selepas menjalankan tanggungjawabnya.

Menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja, Anwar berkata beliau juga sedang mencari masa sesuai untuk mengambil cuti.
"Beberapa hari sahaja cuti, bagilah... tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti," kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini.
Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan menyatakan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bercuti sehingga 31 Mei ini, kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan parti itu.
Perdana Menteri turut membayangkan yang beliau mungkin ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei.
"Saya pun belum ambil cuti, selepas sidang kemuncak ini boleh tak beri saya beberapa hari cuti," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rafizi Ramli
#bercuti lama
#tiada isu
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami