awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada isu Terengganu disisih dalam KSP RMK12 - Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
14/09/2023
10:30 MYT
Tiada isu Terengganu disisih dalam KSP RMK12 - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata Terengganu telah dianugerahkan banyak projek dalam pelbagai kategori dan juga sektor bagi pembangunan rakyat dan negeri. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Tiada isu Terengganu dipinggir atau tidak dilibatkan dalam usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Terengganu telah dianugerahkan banyak projek dalam pelbagai kategori dan juga sektor bagi pembangunan rakyat dan negeri.
Namun beliau berkata terdapat juga projek yang bermasalah seperti terbengkalai dan tertangguh disebabkan pelbagai faktor.
"Apa yang dibentangkan adalah kajian separuh penggal yang bermaksud RMK12 sedang berjalan dan di pertengahan dibuat kajian. Sekiranya ada penambahbaikan, perubahan maka dibuatlah.
"Kita (Terengganu) masih mempunyai jumlah (projek) yang banyak dalam RMK12. Tetapi ada yang lambat, ada yang 'tertangguh' dan terbengkalai. Ini perlu diberi fokus supaya jangan kita hanya fokus perkara baharu, perkara lama tertinggal," katanya selepas perasmian Simposium Pelaksanaan Syariah Dalam Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Antara inisiatif yang dibentangkan dalam PKS RMK12 termasuk mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah termasuk di Projek Taman Biopolimer Kerteh (KBP) di daerah Kemaman.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri menasihatkan orang ramai yang menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia supaya tidak mencetus dan melayan provokasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Saya berharap jika ada permohonan dari penganjur, pihak berkuasa haruslah menggunakan peruntukan yang ada untuk memberi kebenaran.
"Himpunan ini bukanlah suatu perkara baharu di Malaysia. Berdasarkan sejarah lalu, ia akan berlangsung dalam keadaan aman dan lancar jika tiada provokasi dicetuskan pihak lain," katanya.
Himpunan Selamatkan Malaysia dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini bermula dari Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dan peserta digalakkan memakai baju putih dan membawa Jalur Gemilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK12
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#terengganu
#sisih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan