awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jangkitan selesema burung pada manusia di Tuaran

Bernama
Bernama
07/08/2018
21:12 MYT
Tiada jangkitan selesema burung pada manusia di Tuaran
Tuaran diisytihar kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.
"Kami mempunyai pasukan sendiri untuk membuat penilaian di kampung terbabit atau di kawasan wabak kerana kami ingin memastikan ada atau tidak pemindahan (virus) berlaku pada manusia.
"Penilaian ini akan dilakukan secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat negeri, di sini pada Selasa.
Pada 3 Ogos, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian yang dijalankan mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.
Pada Isnin, JPV Sabah melupuskan kira-kira 10,000 daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di ladang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selsema burung
#Kementerian Kesihatan
#wabak
#Ayam
#Tuaran
#Sabah
#ternakan
#ladang
#virus
#jangkitan
#penilaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan