MALAYSIA
Tiada jejak harimau dikesan di Proton City - Perhilitan
Yusoff berkata laporan daripada kakitangan yang menjalankan siasatan di lokasi berkenaan mendapati dakwaan seperti dalam video itu tidak berasas. - Gambar Bernama
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mendapati tiada sebarang jejak harimau dikesan di kawasan perumahan Proton City, Tanjong Malim selepas melakukan siasatan susulan penularan rakaman video mengenai ngauman harimau di kawasan berkenaan.
Ringkasan AI
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata laporan daripada kakitangan yang menjalankan siasatan di lokasi berkenaan mendapati dakwaan seperti dalam video itu tidak berasas.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya terdapat individu yang tidak bertanggunggjawab memuat naik video palsu mendakwa kehadiran haiwan liar terutama di kawasan berpenduduk.
"Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bahan jenaka kerana tindakan tersebut bukan hanya menimbulkan kebimbangan awam malah mengganggu usaha pihak berkuasa dalam menangani isu hidupan liar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, tular di media sosial rakaman video berdurasi 15 saat yang memaparkan bunyi ngauman seperti harimau, didakwa di kawasan hutan berhampiran sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City, Tanjong Malim.
Susulan itu, sepasukan kakitangan Perhilitan dihantar ke lokasi untuk melakukan siasatan serta pemantauan.
Sementara itu, Yusoff berkata orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum berkongsi sebarang kandungan berkaitan hidupan liar di platform media sosial.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiada jejak harimau dikesan di kawasan perumahan Proton City, Tanjong Malim selepas siasatan Perhilitan Perak susulan rakaman video ngauman harimau.
- Pengarah Perhilitan Perak menegaskan dakwaan video tidak berasas dan mengancam membuat laporan polis terhadap penyebar video palsu.
- Amaran dikeluarkan kepada individu supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan hidupan liar tanpa sumber rasmi untuk mengelakkan kebimbangan awam serta gangguan kepada pihak berkuasa.