MALAYSIA

Tiada Kad Warga Emas Rasmi Malaysia dikeluarkan - JKM

Bernama 24/12/2025 | 06:42 MYT
JKM menafikan pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan WhatsApp. -Foto Facebook
PUTRAJAYA: Tiada sebarang pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp.


Ringkasan AI
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan WhatsApp.
  • Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat tepat melalui saluran rasmi JKM seperti portal dan media sosial jabatan.
  • JKM menekankan kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu demi kebajikan masyarakat dan memastikan kesejahteraan terpelihara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

JKM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan maklumat itu tidak sahih dan berpotensi mengelirukan orang ramai, khususnya dalam kalangan warga emas serta ahli keluarga mereka.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM termasuk portal dan akaun media sosial jabatan.

"Antara saluran itu ialah portal rasmi JKM, Facebook, Instagram, TikTok dan laman X bagi memastikan maklumat diterima benar dan terkini," menurut kenyataan itu.


JKM menghargai kerjasama orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

JKM memaklumkan pertanyaan atau rujukan perkhidmatan dan permohonan bantuan boleh dibuat melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam atau menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran.

Baru-baru ini tular keratan akhbar bertajuk "Mohon Kad Warga Emas Mulai Januari" yang didakwa perlu dimohon menerusi laman sesawang JKM bagi membolehkan warga emas menikmati pelbagai manfaat termasuk diskaun di beberapa lokasi terpilih.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mengeluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia?
    A: JKM tidak mengeluarkan Kad Warga Emas susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan WhatsApp.
  • Q: Bagaimanakah JKM menasihati orang ramai dalam menghadapi penyebaran maklumat palsu?
    A: JKM menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini melalui saluran rasmi JKM seperti portal dan akaun media sosial jabatan.
  • Q: Apakah saluran rasmi yang disyorkan oleh JKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih?
    A: Saluran rasmi yang disyorkan oleh JKM termasuk portal rasmi JKM, Facebook, Instagram, TikTok, dan laman X.
  • Q: Bagaimanakah orang ramai boleh membuat pertanyaan atau rujukan perkhidmatan kepada JKM?
    A: Orang ramai boleh membuat pertanyaan atau rujukan perkhidmatan kepada JKM melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999, atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran.
  • Q: Apa yang baru-baru ini tular mengenai "Mohon Kad Warga Emas Mulai Januari" yang disebut dalam artikel?
    A: Baru-baru ini, tular keratan akhbar yang mendakwa warga emas perlu memohon Kad Warga Emas menerusi laman sesawang JKM untuk manfaat diskaun di beberapa lokasi terpilih.



#jkm #Kad Warga Emas Rasmi Malaysia #penularan maklumat palsu #Jabatan Kebajikan Masyarakat