AIRASIA-QZ8501

'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony

T K Letchumy Tamboo 30/12/2014 | 09:21 MYT
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan terbaru bahawa serpihan pesawat dan beberapa mayat terapung telah ditemui di lokasi pencarian.

Beliau telah menulis, tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sedihnya terhadap insiden tersebut.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di dalam tweet yang berasingan, Fernandes berkata beliau akan berlepas ke Surabaya secepat mungkin.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.
#air asia #QZ8501 #Tony Fernandes