MALAYSIA
Tiada kawasan baharu perladangan dibuka, lindungi hidupan liar - Johari
Johari berkata, pemeliharaan kawasan hutan amat penting kerana ia menjadi habitat semula jadi kepada spesies dilindungi seperti harimau, ungka dan tapir. - Gambar fail
SUNGKAI: Tiada penerokaan baharu kawasan hutan yang dibuka bagi tujuan perladangan demi memastikan hutan di negara ini kekal terpelihara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau yang turut menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata pemeliharaan kawasan hutan amat penting kerana ia menjadi habitat semula jadi kepada spesies dilindungi seperti harimau, ungka dan tapir, sekali gus mengurangkan konflik antara hidupan liar dan manusia.
"Jadi apa yang kita buat, daripada kita cari kawasan baharu yang dah ada ini (perladangan) contoh kelapa sawit, maka kita buat tanam semula.
Beliau berkata perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk bersama-sama menjaga hutan dan haiwan terpelihara berkenaan.
Johari berkata tindakan yang diambil adalah bersesuaian perkembangan ekonomi, selain Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut memainkan peranan memelihara spesies haiwan yang dilindungi dalam negara bagi mengelakkan daripada pupus.
Beliau berkata Malaysia mempunyai komitmen dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1992 untuk memastikan liputan hutan negara, termasuk hutan asli tidak boleh berkurangan daripada 50 peratus keluasan tanah negara.
Mengenai NWRC di Sungkai, beliau berkata pusat itu kini menjalankan kerja pemulihan spesies yang cedera atau diselamatkan sebelum dilepaskan semula ke habitat sesuai bersebelahan Banjaran Titiwangsa.
"Setakat ini tiada isu kepadatan melampau kerana kawasan pemuliharaan tersebut merangkumi 3,000 hektar dan bersambung dengan hutan simpan kekal. Sebahagian daripada haiwan ini memang sukar diuruskan kerana diseludup orang luar yang masuk ke negara dengan harapan menggunakan tempat kita sebagai transit.
"Haiwan ini akan dibawa ke pusat konservasi sementara menunggu proses mengenal pasti negara asal sebelum dipulangkan semula yang mengambil masa antara enam bulan hingga dua tahun dan sepanjang tempoh itu, haiwan berkenaan perlu dijaga terlebih dahulu," katanya.
Johari berkata langkah itu juga diambil bagi mengelakkan eksport haram spesies dilindungi dan memastikan penguatkuasaan lebih berkesan dalam melindungi alam sekitar serta haiwan unik negara.
--BERNAMA