awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kebenaran perhimpunan solidariti di pintu Parlimen Isnin depan - Polis

Bernama
Bernama
15/12/2022
21:30 MYT
Tiada kebenaran perhimpunan solidariti di pintu Parlimen Isnin depan - Polis
Polis tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan sebarang perhimpunan solidariti sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Polis tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 yang dirancang diadakan di pintu masuk Parlimen, Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan sebarang perhimpunan solidariti sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang. Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata polis mengesan satu poster yang dimuat naik di media sosial oleh pemilik akaun Facebook Azmie Bugis-AB pada Rabu, yang menggesa orang ramai turun menyokong solidariti dan perhimpunan itu yang akan diadakan pada 7.30 pagi.
"Sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan, polis akan memanggil penganjur untuk diambil keterangan dan melakukan tindakan susulan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan solidariti
#KSWP
#Parlimen
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan