awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis

Bernama
Bernama
18/03/2024
13:53 MYT
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Bagaimanapun Yahaya berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri ini. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri ini.
"Polis akan terus mengesan sekiranya terdapat sebarang kegiatan ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran yang difatwakan sesat itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan terdapat dakwaan ajaran Ayah Pin yang mahu dihidupkan semula oleh pengikutnya, dan mula menular ke negeri lain termasuk Pahang iaitu di Rompin dan Pekan.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut Terengganu kerana sakit tua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIDAM
#Ayah Pin
#ajaran sesat
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami