awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kelibat tokoh politik di rumah PM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/08/2015
15:29 MYT
Tiada kelibat tokoh politik di rumah PM
Keadaan tenang di hadapan rumah Najib pada sekitar 6 petang Ahad. - Astro AWANI/Hilal Azmi
Selepas lima jam berada di hadapan kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, tiada kelibat tokoh politik yang didakwa akan berjumpa dengan Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad.
Wakil media mula berkumpul sejak jam 5 petang sehingga 10 malam di kediaman peribadi Najib.
Pada jam 6.30 petang kelihatan kenderaan rasmi yang membawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memasuki perkarangan rumahnya selepas difahamkan pulang daripada satu majlis rasmi di Bangi.
Kira-kira jam 7.15 malam kenderaan rasmi yang membawa Najib tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta.
Sekitar kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalang komplot menggulingkan kerajaan akan berjumpa Najib di kediamannya sekitar jam 6 petang Ahad.
Ia kerana pemimpin UMNO yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan itu telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu Perdana Menteri.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan memang ada rancangan meminta anggota Parlimen BN supaya 'menyeberang' bersama-sama dengan pihak pembangkang dengan menandatangani surat aku janji untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
Tambahnya UMNO tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.
Topic Berkaitan
#guling kerajaan
#Najib Razak
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan