Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan tiga kes kematian di Hospital Umum Sarawak baru-baru ini adalah akibat jangkitan Influenza H1N1 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
Pengarahnya Dr Jamilah Hashim berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga kes kematian mempunyai sampel klinikal positif untuk Influenza A, namun jangkitan bagi ketiga-tiganya tiada kaitan antara satu sama lain.
Berdasarkan ujian lanjut virus influenza pula, katanya kes pertama adalah negatif untuk H1N1, manakala dua lagi masih belum diperolehi keputusannya.
"Namun demikian, ketiga-tiga kes tersebut tergolong dalam kalangan individu berisiko tinggi. Siasatan juga mendapati tiada jangkitan kes baharu atau kluster yang dilaporkan susulan daripada setiap kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Seorang pengguna aplikasi WhatsApp dengan nama "Nancy Nursery" baru-baru ini memuat naik status dengan memetik Ketua Jururawat Jabatan Kecemasan Trauma Hospital Umum Sarawak mendakwa bahawa tiga kematian terbaharu hospital berkenaan adalah disyaki akibat jangkitan Influenza H1N1 namun tidak pasti dari mana punca jangkitan itu diperolehi.
Jelas Dr Jamilah, kebiasaanya jangkitan disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan, namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan penghidap penyakit kronik sehingga boleh menyebabkan kematian.
Katanya kejadian berkaitan jangkitan pernafasan termasuk influenza ini sentiasa dipantau rapi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengesan kejadian luar biasa dengan melihat kadar konsultasi kes 'influenza like-illness (ILI)' dan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dengan jangkitan saluran pernafasan akut.
Berdasarkan trend yang direkodkan dari aktiviti pemantauan tersebut, katanya kes ILI didapati mencatatkan peningkatan dalam julat normal sejak awal November 2019.
"Trend yang direkodkan ini hampir sama dengan trend tahun-tahun sebelumnya. Malah, analisa terhadap virus influenza yang dikesan dari aktiviti pematauan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ia telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza baharu (novel virus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Dr Jamilah Hashim berkata hasil siasatan mendapati ketiga-tiga kes kematian mempunyai sampel klinikal positif untuk Influenza A, namun jangkitan bagi ketiga-tiganya tiada kaitan antara satu sama lain. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Sarawak tubuh empat pasukan bertindak kukuhkan pengurusan COVID-19
Empat pasukan bertindak akan ditubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi mengukuhkan pengurusan COVID-19.
Tiada kematian akibat H1N1 di Sarawak seperti ditularkan - Dr Jamilah
Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan tiga kes kematian di Hospital Umum Sarawak baru-baru ini adalah akibat jangkitan Influenza H1N1 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.
Tiada laporan penyakit kencing tikus diterima seperti diviralkan - Jabatan Kesihatan Sarawak
Jabatan Kesihatan Sarawak menyangkal yang pihaknya mengeluarkan mesej amaran melalui Whatsapp mengenai jangkitan kencing tikus.