Tiada kenaikan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2015.
Pengekalan tarif elektrik di dalam tempoh semakan ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) itu telah dibuat oleh jemaah menteri pada mesyuaratnya semalam, demikian menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataan media hari ini.
Berikutan ini, rebat ICPT sebanyak 2.25 sen/kWj bagi Semenanjung Malaysia dan penurunan purata kadar tarif sebanyak 1.20 sen/kWj bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan bagi tempoh tersebut.
Keputusan ini meliputi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif terakhir pada 1 Januari 2014.
Pada masa yang sama, selaras dengan langkah rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan, harga gas asli berpaip di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu iaitu daripada RM15.20/MMBtu kepada RM16.70/MMBtu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015.
Namun, kenaikan harga bahan api ini tidak akan memberi kesan ke atas tarif elektrik dan pemberian rebat ini dapat diteruskan dengan adanya penjimatan ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 sebanyak RM1.085.67 juta.
Jumlah ini termasuk penjimatan sebanyak RM300 juta hasil rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan penjana kuasa bebas (IPP) generasi pertama.
Mekanisme ICPT dilaksanakan sejak 1 Januari 2014 di Semenanjung Malaysia, dan membolehkan kadar tarif elektrik disemak setiap enam bulan dengan mengambil kira perubahan harga gas asli berpaip, gas asli cecair, arang batu, minyak bahan api sederhana dan sulingan.
Antara kos penjanaan lain yang diambil kira adalah kos yang berkaitan dengan PPA, "displaced cost" daripada tenaga boleh baharui dan kos pembelian tenaga elektrik daripada negara luar.
Penjimatan ICPT juga didorong oleh hasil peningkatan penggunaan arang batu yang harganya secara relatif lebih rendah berbanding bahan api lain iaitu gas asli berpaip dan LNG, peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu dan penurunan permintaan unit elektrik dari awal hingga pertengahan tahun 2015.
Pelaksanaan mekanisme ICPT tidak akan memberi kesan kepada operasi perniagaan serta kedudukan kewangan Tenaga Nasional Bhd.
Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, keputusan adalah untuk mengekalkan subsidi tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj bagi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif elektrik terakhir pada 1 Januari
2014.
Mekanisme ICPT tidak dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan pemberian subsidi bahan api dan subsidi sokongan tarif elektrik yang dianggarkan berjumlah RM685 juta bagi tahun ini bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan.
Pelaksanaan ini juga dijangka tidak akan memberi kesan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Bagi Sarawak, industri bekalan elektrik, termasuk isu-isu berkaitan tarif elektrik, tidak dikawal selia oleh KeTTHA mengikut Seksyen 1(2), Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Bernama
Fri Jun 26 2015
Antara kos penjanaan lain yang diambil kira adalah kos yang berkaitan dengan PPA, "displaced cost" daripada tenaga boleh baharui dan kos pembelian tenaga elektrik daripada negara luar. - Gambar Fail
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
Kelulusan dua RUU inisiatif terbaik atasi krisis elektrik di Sabah
Dengan perkembangan itu, kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu diserahkan kepada Sabah.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
Cuaca panas: Catuan bekalan elektrik di Sabah akibat permintaan tinggi
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.
60 peratus punca kebakaran disebabkan eletrik - Bomba
Angka itu merupakan yang tertinggi sejak 2018, melibatkan 804 kedai, 408 kilang, 263 kemudahan penyimpanan, 200 pejabat dan lain-lain.