awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikan tol di semua konsesi di Lembah Klang sepanjang tahun ini - TPM

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
05/02/2014
15:53 MYT
Tiada kenaikan tol di semua konsesi di Lembah Klang sepanjang tahun ini - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, tiada sebarang kenaikan tol di semua konsesi di Lembah Klang sepanjang tahun ini.
Sebagai ganti rugi, kerajaan terpaksa membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi terlibat. Langkah diambil bagi mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan kos sara hidup.
"Kita putuskan ini selari dengan hasrat kita untuk tidak membebankan pengguna, maka kita tidak akan menaikkan, itu memerlukan kita menampung jumlah pampasan yang perlu kita bayar kepada syarikat itu lebih RM400 juta," jelasnya.
"Just to remind pengguna mahupun rakyat bahawa bukan dia tidak bayar tu memang free tol tu, tol patut dibayar tapi kerajaan dengan kita bayar pampasan ikut perjanjian yang sudah dimeterai, " tambahnya lagi ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup di sini.
Selain itu, jawatankuasa turut bersetuju memberi peruntukan RM120 juta kepada agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi memastikan stok penimbal seperti sayuran dan ikan mencukupi di pasaran.
Jawatankuasa turut memperuntukkan RM3.5 juta kepada pertubuhan-pertubuhan pengguna di seluruh negara, termasuk 20 persatuan pengguna yang besar, untuk membantu mereka melaksanakan program-program pendidikan kepada pengguna.
Mesyuarat pertama itu mengambil kira enam bidang untuk kajian bagi menangani kos sara hidup.
Bidang tersebut termasuk bahan bakar, tenaga elektrik, bahan makanan, pembayaran tol, pengangkutan dan perumahan.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan