MALAYSIA
Tiada keperluan mansuh sistem matrikulasi - Fadhlina
Fadhlina ditemu bual media pada majlis penutupan Kongres Pra-Universiti Madani 2025 peringkat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini, hari ini. - Foto Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada keperluan untuk memansuhkan matrikulasi kerana sistem ini dan prauniversiti iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf serta memenuhi merit kemasukan ke universiti awam (UA).
Ringkasan AI
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kedua-dua sistem itu telah lama menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara dan memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan tinggi kepada pelajar.
"Saya mengikuti debat dan juga perbincangan itu (memansuhkan matrikulasi), cuma saya ingin nasihatkan supaya ia tidak keterlaluan, dan juga maksudnya dalam aspek STPM dan matrikulasi ini telah pun berada dalam sistem pendidikan kita begitu lama.
"Kedua-duanya ada keistimewaan masing-masing dan juga memenuhi merit untuk masuk ke universiti awam, malah KPM dalam masa sama memberi komitmen penuh untuk terus menambah baik berdasarkan pandangan serta cadangan yang diterima dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Prauniversiti MADANI 2025 Peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya Tang Yi Ze dilaporkan menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di UA.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM juga sentiasa memberi perhatian penuh kepada aspek akademik dan kebajikan pelajar dalam kedua-dua sistem itu dan usaha penambahbaikan akan diteruskan secara berperingkat.
Beliau berkata KPM juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan program tingkatan enam termasuk memartabatkan serta memperkasakan aspek kepimpinan pelajar melalui pelaksanaan pilihan raya pelajar baru-baru ini.
"Ia termasuk dalam konteks program-program dan juga memberikan mereka keupayaan dalam sudut kepimpinan dengan melaksanakan pemilihan pilihan raya, itu sebahagian yang sudah pun kami laksanakan dalam konteks untuk memartabatkan pelajar STPM dan tingkatan enam.
"Jadi, ke hadapan ini saya fikir banyak lagi dan kita kena laksanakan dalam keadaan hari ini. Jangan kita bertelagah dalam isu-isu yang tidak mendatangkan apa-apa, maknanya mengundang persepsi yang tidak baik kepada kedua-dua program ini kerana kedua-duanya ketika ini adalah program sokongan penuh kepada pendidikan, akses pendidikan anak-anak kita," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPM menegaskan tiada keperluan untuk memansuhkan program matrikulasi, kerana ia bersama STPM diiktiraf dan memenuhi merit kemasukan ke universiti awam.
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kedua-dua laluan prauniversiti ini penting, dan KPM komited menambah baik sistem berdasarkan pandangan serta cadangan semasa.
- KPM juga memperkasakan program Tingkatan Enam, termasuk pelaksanaan pilihan raya pelajar sebagai usaha memartabatkan kepimpinan dan penglibatan pelajar STPM.