SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
MALAYSIA

Tiada keputusan kabinet mansuhkan ruang 'kaum' dalam borang rasmi - PM

Bernama 08/05/2014 | 04:14 MYT
Tiada keputusan kabinet mansuhkan ruang 'kaum' dalam borang rasmi - PM
Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.

"Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di sini hari ini.

Najib mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai berkata jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

BERITA LANJUT MENYUSUL
#kaum #Najib Razak #ruangan