Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja bagi projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit bagi projek itu terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon pada Khamis lepas, iaitu satu kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh.
"Oleh kerana arahan menghentikan kerja masih berkuatkuasa, kegiatan kerja sudah berhenti. Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah memberi laporan kepada DOSH pagi tadi dalam mesyuarat dengan DOSH untuk memberi makluman tentang apa-apa kerja mitigasi yang perlu diambil.
"Mereka perlu menghantar laporan petang ini tetapi sebelum laporan dihantar kejadian tanah runtuh ini berlaku dan pihak kontraktor dan pekerja sememangnya dalam tempoh tidak dapat melakukan kerja kerana sudah ada 'arahan menghentikan kerja'," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Terdahulu, Chow bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dan Exco Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri Yeoh Soon Hin meninjau lokasi kejadian.
Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta itu dijangka tertangguh ekoran kejadian di tapak pembinaannya yang melibatkan sebanyak 14 rasuk konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng pada Khamis lepas.
Projek itu, yang telah dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd manakala kejadian itu berlaku dalam bahagian yang di bawah kendalian MBPP.
Chow berkata projek itu dijangka siap pada 2020.
Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan terdapat pengairan di lereng bukit dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh itu.
"Kita nampak memang ada air mengalir keluar dari lereng bukit ke bawah dan saya percaya cuaca hujan menjadi salah satu sebab (kejadian tanah runtuh)," katanya.
Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri menzahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap kejadian yang menimpa mangsa dalam kejadian itu.
"Saya berasa amat sedih mendapati ada mangsa yang terkorban dan setakat ini dua pekerja telah disahkan meninggal manakala seorang lagi dapat diselamatkan," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung kejadian itu, Chow berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.
Dua maut dan seorang cedera manakala sekurang-kurangnya 10 lagi mangsa iaitu pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar itu masih tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
CHOW: Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah memberi laporan kepada DOSH pagi tadi.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.
Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco
Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidan
Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Mayat ketujuh tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Md Abdul Jalil, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.
Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa, selain mereka yang tersenarai, tertimbus di bawah runtuhan Jalan Bukit Kukus.
Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.
Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam tadi atas nasihat pegawai Jabatan Mineral dan Geologi mengenai pergerakan tanah di sektor pencarian.
Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
Pihak Bomba dan Penyelamat memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 8 pagi Ahad (21 Oktober).
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.