awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes jenayah, salah laku serius dilaporkan di institusi TVET setakat ini - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
17/10/2025
12:30 MYT
Tiada kes jenayah, salah laku serius dilaporkan di institusi TVET setakat ini - Ahmad Zahid
Tiada sebarang kes jenayah atau salah laku serius dilaporkan berlaku membabitkan pelajar dalam institusi TVET setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Tiada sebarang kes jenayah atau salah laku serius dilaporkan berlaku membabitkan pelajar dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada kes jenayah serius membabitkan pelajar TVET setakat ini dan aspek disiplin sentiasa ditekankan di 1,398 institusi TVET.
  • Beliau menegaskan tatakelakuan dan disiplin merupakan fokus utama dalam pengambilan pelajar TVET bagi mengelakkan salah laku.
  • Ahmad Zahid turut mencadangkan dasar khusus industri sukan diperkenalkan semula bagi memastikan pembangunan sektor itu lebih konsisten dan berterusan.

Beliau berkata keadaan itu harus dikekalkan, selain menegaskan pihak pengurusan institusi terbabit sentiasa menekankan aspek disiplin dan tatalaku dalam pengambilan pelajar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Dalam setiap pengambilan TVET, antara pengisian dalam taklimat pengenalan adalah tatalaku, ini sering diperingatkan kerana kita mempunyai 1,398 institusi TVET di seluruh negara dan kami koordinasi semua suntikan untuk memberikan tatakelola dan disiplin dalam kalangan pelajar," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan ASEAN 2025 di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya dasar khusus berkaitan industri sukan diperkenalkan semula bagi memastikan sektor berkenaan dapat berkembang secara berterusan dan tidak bergantung kepada perubahan kepimpinan.
Beliau berkata walaupun industri sukan dipromosikan sejak 1980-an oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelaksanaannya dilihat tidak konsisten kerana sering berubah setiap kali berlaku pertukaran menteri atau ketua setiausaha (KSU).
"Saya rasa elok jika dasar industri dalam sukan ini dapat diperkenalkan dan dijadikan sebagai satu panduan kerana pasaran industri sukan cukup besar bukan hanya untuk negara kita tetapi juga negara ASEAN.
"Kita lihat pasaran dunia melebihi USD688 bilion kalau, kita ambil sebahagian kecil pun kita akan dapat jadikan industri sukan sebagai pendapatan untuk negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiada kes jenayah
#salah laku
#institusi TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan