awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2024
06:40 MYT
‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
Azam berkata, tugas Hannah (gambar) adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan dan tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tender itu diberikan oleh satu entiti lain yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tugas dan tanggungjawab menteri berkenaan.
“Tugas Hannah Yeoh adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak ada kaitan dengan Kerajaan Selangor.
“Saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Selangor dengan Kementerian Belia dan Sukan.
“Buat masa ini saya tidak nampak ada sebarang kesalahan,” katanya ketika sidang media Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin.
Pada Jumaat, Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata, Asia Mobility dan Badan Bas Coach telah dipilih menjalankan sistem pengangkutan awam bagi batuan pertama dan terakhir di negeri itu.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pembentangan kepada jawatankuasa pengangkutan negeri dan berdasarkan pengalaman mereka melaksanakan konsep tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#SPRM
#suami
#projek kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan