MALAYSIA
Tiada kesan fizikal kehadiran harimau di Pangsapuri Sri Baiduri setakat ini - Perhilitan
Anggota Perhilitan membuat pemeriksaan perangkap kamera yang dipasang di sekitar Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana di Ampang. -Foto Perhilitan
AMPANG: Tiada imej kehadiran harimau atau lain-lain hidupan liar yang dikesan berdasarkan rakaman pada perangkap kamera yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sekitar Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana, di sini.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tiga unit perangkap kamera telah dipasang pada Jumaat.
"Setakat ini, belum ada imej rakaman yang menunjukkan kehadiran harimau atau mana-mana hidupan liar.
"Hasil pemeriksaan awal di lokasi juga tidak menemui sebarang kesan fizikal seperti ngauman, najis atau tapak kaki harimau.
"Kesan yang dijumpai hanya hanya babi hutan yang sememangnya terdapat di kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Tambahnya, pasukan Perhilitan masih menjalankan pemantauan lapangan di kawasan pangsapuri terbabit bagi mengesahkan status kehadiran harimau.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan aduan diterima Perhilitan pada Rabu lalu daripada penduduk yang melaporkan terdengar bunyi seperti harimau di kawasan hutan belakang pangsapuri.
Berikutan itu, operasi telah dijalankan oleh pasukan Perhilitan Daerah Hulu Langat bersama Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM) Selangor bermula Khamis.
Perhilitan juga menasihatkan penduduk agar tidak memasuki kawasan belukar belakang pangsapuri tanpa keperluan, serta melaporkan segera sebarang tanda atau bunyi mencurigakan. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Tiada imej harimau atau hidupan liar lain dikesan melalui perangkap kamera yang dipasang Perhilitan di sekitar Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana.
- Pemeriksaan awal juga tidak menemui kesan fizikal seperti ngauman, najis atau tapak kaki harimau, sebaliknya hanya kesan kehadiran babi hutan.
- Perhilitan masih menjalankan pemantauan dan menasihatkan penduduk agar tidak memasuki kawasan belukar serta melaporkan sebarang tanda mencurigakan.