awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kesan gas klorin di kawasan sekitar Kampung Sena - JAS Perlis

Bernama
Bernama
11/12/2024
15:37 MYT
Tiada kesan gas klorin di kawasan sekitar Kampung Sena - JAS Perlis
JAS Perlis akan meneruskan pemantauan kualiti udara di kawasan itu, untuk memastikan tiada kesan gas klorin untuk tempoh satu hingga dua hari lagi.
KANGAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis, tidak menemukan kesan gas klorin di sekitar Kampung Sena, Arau ketika melaksanakan pemantauan kualiti udara selepas berlaku kebocoran gas klorin di Loji Rawatan Air (LRA) Arau Fasa 4 di kampung itu, malam semalam.
Pengarah JAS Perlis Jamal Affendy Shahar berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan kualiti udara di kawasan itu, untuk memastikan tiada kesan gas klorin untuk tempoh satu hingga dua hari lagi.
“Pasukan penyiasat JAS Perlis telah tiba di lokasi kejadian pada 8.30 pagi tadi dan telah dimaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Arau, bahawa kejadian berpunca daripada kerosakan injap di tangki simpanan cecair klorin yang digunakan di sebuah loji rawatan air berhampiran.
“Pemeriksaan lanjut JAS Perlis telah mendapati tiada lagi berlaku kebocoran susulan operator loji telah menutup kesemua injap tangki klorin sejak 11.30 malam semalam. Pemeriksaan juga mengesan bau gas klorin yang tidak terlalu kuat di dalam kawasan loji,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) memuat naik notis pemakluman kebocoran gas klorin di loji rawatan air berkenaan di Facebooknya malam ini, dengan antara lain memaklumkan kebocoran dikenal pasti berlaku pada fleksibel paip drum Klorin N0.4 di LRA itu.
Dalam notis pemakluman itu juga memberitahu bagaimanapun LRA Arau Fasa 4 itu beroperasi seperti biasa tanpa gangguan bekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gas klorin
#JAS Perlis
#Kampung Sena
#LRA Arau Fasa 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan