awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta pengguna di seluruh AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk
Semangat Malaysia perlu dihidupkan melalui pemahaman MA63 - Fadillah
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kesan penganiayaan ke atas banduan gantung diri di Penjara Kluang

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2015
08:44 MYT
Tiada kesan penganiayaan ke atas banduan gantung diri di Penjara Kluang
Koroner telahpun mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mendapti hanya terdapat kesan lebam pada leher si mati. - Gambar hiasan
Pemeriksaan koroner dan laporan siasatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa tiada kesan luka dan tiada sebarang unsur penganiayaan didapati pada tubuh seorang banduan dalam kejadian menggantung diri di Penjara Kluang.
Jabatan Penjara Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan laporan kurang tepat yang disiarkan oleh beberapa akhbar harian Tamil yang melibatkan kejadian tersebut.
Menurut Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Penjara Malaysia Supri Hashim, semasa kejadian pada 22 Mei lalu, seorang anggota penjara yang membuat rondaan pada jam 10.25 malam mendapati bahawa banduan tersebut telah menggantung diri menggunakan pakaian yang dibekalkan di jerejak lubang angin sel penempatannya.
“Tindakan segera telah diambil untuk menyelamatkan banduan dengan menurunkannya dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. Bagaimanapun, banduan itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kluang,” jelasnya.
Jelas Supri, berasaskan prosedur penjara yang ditetapkan, pihak pengurusan Penjara Kluang telah mengambil tindakan membuat laporan polis, memaklumkan kepada keluarga, memastikan kehadiran koroner dan menjalankan siasatan.
“Keluarganya juga telah dimaklumkan melalui pelbagai cara iaitu melalui panggilan telefon dan juga dengan menghantar pegawai penjara ke rumah,” katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, koroner telahpun mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mendapti hanya terdapat kesan lebam pada leher si mati dan tiada kesan luka lain pada tubuhnya. Bedah siasat juga menunjukkan kematiannya adalah disebabkan gantung diri.
“Tiada kesan luka lain dan tiada sebarang unsur penganiayaan seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.
“Pihak penjara ada menghubungi keluarga dan peguam dengan tidak mengenakan sebarang syarat untuk mereka berjumpa bagi urusan berkaitan penyerahan mayat,” kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#banduan
#gantung diri
#Penjara Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan