awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT

Bernama
Bernama
31/10/2024
09:20 MYT
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
"ATM memandang serius isu sebegini dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini," katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, ATM dalam kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes buli dan dera membabitkan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.
Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sedang disiasat pada peringkat ALK-UPNM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#tiada kompromi
#kes buli UPNM
#Panglima Angkatan Tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan