MALAYSIA
Tiada kompromi, status visa bukan imuniti warga asing langgar undang-undang - Saifuddin
Status visa yang dimiliki warga asing tidak memberi imuniti kepada mereka untuk melanggar undang-undang di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Status visa yang dimiliki warga asing tidak memberi imuniti kepada mereka untuk melanggar undang-undang di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana warga asing yang melanggar undang-undang negara seperti melanggar syarat pas, menimbulkan ancaman keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam.
Saifuddin berkata antara tindakan yang diambil termasuklah pembatalan pas, penyenaraian hitam serta penghantaran pulang ke negara asal, dan prinsip itu dilaksanakan secara konsisten tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu berkenaan.
"Status visa, sama ada sebagai pelajar, pelabur, pemegang pas lawatan jangka panjang atau peserta program Malaysia My Second Home (MM2H), tidak sekali-kali memberikan imuniti daripada undang-undang negara ini.
"Keselamatan rakyat Malaysia dan kedaulatan negara ialah keutamaan yang tiada kompromi," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Saifuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan profesional, tanpa sebarang diskriminasi atau pengecualian terhadap mana-mana bangsa atau negara asal dalam kes melibatkan warga asing.
Beliau berkata sehubungan itu, setiap laporan melibatkan warga asing yang diterima akan disiasat mengikut lunas undang-undang dan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keselamatan awam terjamin, termasuk bagi kes-kes yang mendapat liputan berita.
"Peristiwa melibatkan warga asing yang tular sejak kebelakangan ini telah menimbulkan perhatian ramai, namun perlu ditegaskan bahawa setiap insiden akan ditangani dengan sewajarnya melalui undang-undang sedia ada," katanya.
Saifuddin berkata Malaysia menetapkan pengambilan tenaga kerja asing tidak mahir hanya boleh dibuat daripada 15 negara sumber rasmi yang telah ditentukan, dan China bukanlah antara negara sumber bagi tenaga kerja asing tidak terlatih.
Beliau berkata keberadaan tenaga kerja warga China di Malaysia pada masa ini berdasarkan dalam sektor tidak terlatih, khusus bagi projek kerajaan yang berimpak tinggi termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
"Sehingga 15 Ogos lepas, terdapat 30,679 warga China yang didaftarkan sebagai ekspatriat profesional di Malaysia dengan sektor pembinaan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 10,825 orang, diikuti sektor perkilangan (6,407), perkhidmatan (5,385), teknologi maklumat dan komunikasi (4,477) dan lain-lain sektor (3,585).
"Keberadaan warga China dalam tenaga kerja Malaysia lebih tertumpu kepada sektor profesional dan projek berskala besar yang memerlukan kepakaran teknikal tertentu, bukan dalam kategori pekerja asing tidak mahir," katanya.
Seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI, beliau berkata Malaysia sentiasa terbuka kepada pelaburan, pendidikan dan kerjasama antarabangsa, namun keterbukaan ini tidak sesekali mengorbankan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Saifuddin turut menyeru rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan yakin bahawa pihak berkuasa sedang dan akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan.
"Setiap ancaman akan ditangani dengan sewajarnya, demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan sejahtera untuk semua," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan status visa tidak memberi imuniti kepada warga asing yang melanggar undang-undang.
- Tindakan tegas seperti pembatalan pas, senarai hitam dan penghantaran pulang akan dikenakan tanpa kompromi.
- Kehadiran warga China di Malaysia tertumpu pada sektor profesional dan projek besar, bukan pekerja asing tidak mahir.