awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi, 'ulat teksi' jejas imej negara - Loke

Bernama
Bernama
22/09/2025
09:30 MYT
Tiada kompromi, 'ulat teksi' jejas imej negara - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berucap pada perasmian Program Transformasi Bas Berhenti-henti BAS.MY Kuala Terengganu di Pasar Kedai Payang hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran tidak akan berkompromi dengan kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 yang merosakkan imej negara.

Ringkasan AI
  • MOT beri amaran keras terhadap kegiatan ulat teksi di KLIA T1 dan T2 selepas insiden pelancong asing ditipu caj tambang RM800 berbanding tawaran asal RM60.
  • JPJ menahan pemandu terlibat dan menyita kenderaan selepas operasi samaran, dengan kertas siasatan dibuka untuk tindakan lanjut.
  • Kes ini tular di media sosial pada 15 September, mencetuskan gesaan kerajaan untuk bertindak tegas demi menjaga imej negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menahan seorang pemandu 'ulat teksi' susulan insiden seorang pelancong asing yang ditipu dengan caj berlipat ganda di KLIA 2 baru-baru ini.
"Selepas tular di media sosial dua hari lalu mengenai seorang pelancong asing yang ditipu oleh 'ulat' di KLIA T2 - dengan tawaran asal RM60 tetapi dipaksa membayar RM800 sebelum turun daripada kereta - saya telah mengarahkan JPJ menjejaki kenderaan tersebut.
"Semalam, selepas operasi samaran di KLIA, JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya. Kereta itu telah disita serta-merta dan kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Loke turut berkongsi gambar kenderaan yang disita dan merakamkan penghargaan kepada JPJ atas tindakan pantas tersebut.
Pada 15 Sept lepas, video seorang pelancong asing tular di media sosial yang mendedahkan bahawa dia ditawarkan tambang RM60 oleh seorang lelaki warga tempatan ketika mencari bas ke sebuah hotel di ibu negara.
Bagaimanapun, sebaik tiba di hadapan hotel, pemandu berkenaan enggan berhenti, sebaliknya memandu ke kawasan sunyi sebelum menuntut bayaran sebanyak RM836, kira-kira 14 kali ganda daripada jumlah asal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ulat teksi
#jejas imej negara
#Anthony Loke
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan