awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi

Bernama
Bernama
04/07/2024
09:43 MYT
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata MNO telah memberi jaminan bahawa tiada kos tambahan dikenakan terhadap pengguna selepas pelancaran rangkaian kedua. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua Malaysia tidak akan memindahkan sebarang kos kepada pengguna.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata MNO telah memberi jaminan bahawa tiada kos tambahan dikenakan terhadap pengguna selepas pelancaran rangkaian kedua.
"Kami mempunyai komitmen daripada semua Ketua Pegawai Eksekutif (Telco) melalui perbincangan, dan tidak ada isu mengenai kos tambahan untuk pengguna.
"Perkara ini dijanjikan kepada saya, dan kita berpegang kepada janji itu," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
MCMC diberi tanggungjawab memilih penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih bagi membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, bermula dengan proses AIP (Pakej Maklumat Aplikasi) pada 1 Julai.
Pada 1 Dis lepas YTL Power International Bhd, CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, dan U Mobile Sdn Bhd memuktamadkan perjanjian langganan saham dengan DNB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) yang membuka laluan untuk peralihan kepada model Rangkaian Pemborong Dwi 5G (DWN).
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi sambil memastikan kemampanannya dan meningkatkan kesalinghubungan untuk rakyat.
"Pada masa yang sama, ia (pelaksanaan model dwi-rangkaian) tidak akan menyebabkan implikasi besar kepada kewangan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#rangkaian 5G kedua
#MCMC
#Digital Nasional Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan