MALAYSIA
Tiada kuota tambahan kepada mana-mana negara musim haji tahun lalu - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, Malaysia melalui Tabung Haji (TH) diberikan kuota tambahan pada tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan kuota tambahan haji kepada mana-mana negara termasuk Malaysia untuk musim haji tahun lalu.
Ringkasan AI
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar, bagaimanapun Malaysia melalui Tabung Haji (TH) diberikan kuota tambahan pada tahun ini.
"Bagi tahun 1444 Hijrah tidak ada kuota tambahan diberikan mana mana negara, untuk tahun 1145 Hijrah ada kuota tambahan diberikan kepada Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia.
"Alhamdulilah kuota tambahan diberikan kepada Tabung Haji telah digunakan termasuklah digunakan oleh pengelola jemaah haji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang mencadangkan kerajaan memberikan kuota tambahan haji kepada agensi pelancongan sah daripada dibiarkan begitu sahaja.
Jelas Mohd Naim, kuota rasmi diperuntukkan kerajaan Arab Saudi untuk Malaysia sebanyak 31,600 jemaah.
Tambah Mohd Naim, tiada kuota rasmi haji Malaysia yang tidak digunakan bagi tahun 2020 hingga 2025.
Sementara itu, menjawab mengenai kes penipuan membabitkan 47 jemaah haji baru-baru ini, Mohd Naim berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang kejadian sama berulang.
"Kita telah wujudkan jawatakuasa khas PDRM, Tabung Haji dan MOTAC untuk menghalang mana-mana syarikat membawa umat Islam menunaikan haji tanpa permit. Sekiranya ada maklumat kita terima kita boleh halang.
"Tetapi mengenai isu 47 jemaah itu, kita tidak boleh halang kalau mereka hendak bergerak ke negara lain. Kumpulan itu seolah-olah hendak bercuti ke Turkiye... ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)... dan dari situ bergerak ke Mekah untuk menunaikan haji," katanya.
Ringkasan AI
- Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan kuota tambahan haji kepada mana-mana negara termasuk Malaysia bagi tahun 1444 Hijrah, namun Malaysia menerima kuota tambahan untuk tahun 1445 Hijrah yang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tabung Haji dan pengelola jemaah haji.
- Kuota rasmi haji Malaysia kekal sebanyak 31,600 jemaah dan tiada kuota yang tidak digunakan dari tahun 2020 hingga 2025; cadangan untuk agensi pelancongan sah menerima kuota tambahan masih dalam pertimbangan.
- Susulan kes penipuan membabitkan 47 jemaah haji, jawatankuasa khas melibatkan PDRM, MOTAC dan Tabung Haji ditubuhkan bagi menghalang syarikat tidak sah membawa jemaah tanpa permit; kumpulan tersebut dipercayai bergerak ke Mekah melalui negara ketiga seperti Turkiye dan UAE.