[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
MALAYSIA

Tiada lagi anugerah jawatan dalam tentera buat ahli politik - Mohamad Sabu

Hafiz Marzukhi 31/07/2018 | 13:35 MYT
Mohamad Sabu berkata amalan tersebut dihentikan kerana risau ia disalah guna mana-mana pihak. - BERNAMA/Fail
Tiada lagi anugerah jawatan atau pingat ketenteraan akan diberikan kepada ahli politik.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata amalan ini dihentikan kerana risau ia disalah guna mana-mana pihak.

"Kami hentikan amalan pemberian pingat kepada ahli politik dan hanya akan beri kepada mereka yang menerima latihan daripada tentera.

"Kita tidak mahu mana-mana pihak menyalahgunakan pangkat untuk memasuki kem tentera," katanya ketika sesi penggulungan usul menjunjung Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, malam ini.




#Mat Sabu #Menteri Pertahanan #Mohamad Sabu #pingat ketenteraan