Pengguna tidak lagi perlu risau tentang caj tersembunyi ketika membeli tiket penerbangan selepas Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2019 (MACPC) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pindaan itu diwartakan pada 10 Mei lepas yang bertujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.
"Syarikat penerbangan perlu menzahirkan harga muktamad tiket penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket.
"Harga muktamad itu merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga surcaj bahan api," katanya selepas merasmikan pelancaran aplikasi mudah alih FlySmart serta mengumumkan pindaan MACPC itu di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Ketua Pegawai Operasi Mavcom, Azmir Zain.
Menurut Kamaruddin, MACPC mengandungi takrif serta tatacara berkaitan hak-hak pengguna penerbangan serta proses untuk membuat aduan.
Selain itu, beliau menjelaskan, MACPC juga menggariskan penalti kewangan yang boleh dikenakan kepada syarikat sekiranya didapati tidak mematuhi kod perlindungan pengguna ini.
Kamarudin, bagaimanapun, tidak menjelaskan kadar penalti yang ditetapkan.
Pindaan baharu yang ditetapkan Mavcom itu, jelas beliau, mendapat sokongan Kementerian Pengangkutan serta pemain industri penerbangan agar perlindungan hak-hak pengguna serta mutu perkhidmatan dalam industri penerbangan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, pembayaran balik tiket penerbangan perlu diremit kepada pengguna penerbangan dalam masa 30 hari daripada tarikh permohonan bayaran balik merupakan antara pindaan baharu yang ditetapkan dalam kod perlindungan pengguna itu.
Syarikat penerbangan juga hanya dibenarkan mengenakan fi pemprosesan maksimum sebanyak lima peratus sekiranya tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik.
Sementara itu, Nungsari berkata, FlySmart telah dinaik taraf kepada aplikasi mudah alih bagi memudahkan pengguna mengakses laman web itu melalui telefon bimbit mereka.
FlySmart yang diperkenalkan pada Jun 2018 merupakan laman web yang mengandungi maklumat berhubung hak-hak pengguna, tip perjalanan dan platform untuk pengguna membuat aduan berkenaan khidmat penerbangan.
Irwan Muhammad Zain
Fri May 24 2019
![Tiada lagi caj tersembunyi ketika beli tiket penerbangan mulai 1 Jun Tiada lagi caj tersembunyi ketika beli tiket penerbangan mulai 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71509352656_MalaysiaAirlines.jpg)
Syarikat penerbangan juga hanya dibenarkan mengenakan fi pemprosesan maksimum sebanyak lima peratus sekiranya tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik. -Gambar hiasan
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651983123_TimbalanMenteriLua.jpg)
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Scotland.
![Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644730562_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac.
![Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647407078_TimbalanMenteriLua.jpg)
Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin
Libat urus melibatkan Malaysia dan Afghanistan yang diadakan pada Januari dan Februari lepas bukan bermakna Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan Afghanistan.
![Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645549519_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
![Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635233162_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria dan Poland bermula hari ini hingga 21 Feb.
![Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617161440_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.
![Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635233162_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatis dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara.
![Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602694349_TBKTM.jpg)
Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID
Ia dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU bagi tempoh Januari hingga Julai 2021.
![Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617161440_KAMARUDDINJAFFAR.jpg)
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
Lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.
![828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19 828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595503646_KamaruddinJaffar.jpg)
828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19
Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.