MALAYSIA
Tiada lagi harta i-Serve Online dalam sitaan polis - AGC
AGC berkata siasatan terhadap Datuk Allan Goh Hwan Hua, yang berpunca daripada siasatan terhadap syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan kumpulan syarikat yang berkaitan, masih dalam tindakan pihak PDRM. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa pada waktu ini tiada lagi harta berkaitan syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd yang masih dalam sitaan pihak penguat kuasa.
Ringkasan AI
AGC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, berdasarkan siasatan pihak penguat kuasa pada awalnya telah menyita harta syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat lain yang berkaitan sebanyak RM118.7 juta pada 11 Nov 2021, bukannya pada November 2023 sebagaimana dilaporkan.
"Bagaimanapun harta sitaan tersebut telah dilepaskan selepas syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat lain yang berkaitan dikenakan kompaun.
"Tindakan penyitaan harta berkaitan syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan pihak-pihak berkaitan juga telah dilaksanakan antara Oktober dan Disember 2023 oleh pihak PDRM dengan nilai sebanyak RM71.3 juta," menurut AGC.
Harta sitaan itu telah dilepaskan antara Oktober dan Disember 2024 apabila siasatan PDRM tidak dapat menunjukkan dengan kukuh harta sitaan berkenaan merupakan hasil daripada satu kesalahan.
Kenyataan AGC itu merujuk kepada laporan FMT pada 1 Nov 2025 bertajuk "Release frozen funds, say investors who won RM8mil case against tycoon".
Sementara itu, AGC berkata siasatan terhadap pengasas bersama MYAirline Sdn Bhd Datuk Allan Goh Hwan Hua, yang berpunca daripada siasatan terhadap syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan kumpulan syarikat yang berkaitan, masih dalam tindakan pihak PDRM.
"Kesalahan yang disiasat melibatkan transaksi komersial dan aliran wang yang kompleks. Buat masa ini, siasatan tersebut masih belum lengkap. Jabatan ini masih memantau dan meneliti kemajuan siasatan yang sedang dikendalikan," menurut AGC.
Pada 9 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Goh dan empat syarikat yang dikaitkan dengannya memulangkan lebih RM8 juta kepada 15 pelabur selepas gagal membayar penebusan bulanan serta pulangan pembiayaan pelaburan.
Hakim Leong Wai Hong membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif (pelabur) berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Goh dan empat syarikat berkenaan berdasarkan imbangan kebarangkalian.
Mahkamah memerintahkan defendan memulangkan semula sebanyak RM7.61 juta dan SGD170,000 kepada pelabur, serta membayar kos RM100,000 secara bersama atau berasingan oleh Goh dan defendan lain, iaitu i-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) serta Trillion Cove Holdings Bhd (TCH).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiada lagi harta syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd yang masih dalam sitaan pihak penguat kuasa menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).
- AGC mengesahkan harta sitaan senilai RM118.7 juta telah dilepaskan selepas syarikat i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat berkaitan dikenakan kompaun.
- Siasatan terhadap pengasas MYAirline Sdn Bhd berkenaan transaksi komersial dan aliran wang kompleks masih dalam tindakan PDRM, dengan AGC memantau kemajuan siasatan tersebut.