awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi isu, bekalan air UMS pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
28/07/2024
08:20 MYT
Tiada lagi isu, bekalan air UMS pulih sepenuhnya
Populasi terkini di kampus induk UMS mencecah 20,000 orang sehari dan memerlukan sekitar tiga MLD ke lima MLD sehari. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan berupaya menampung keperluan pelajar sedia ada dan kemasukan baharu bagi sesi 2024/2025 yang dijangka mendaftar awal Oktober ini.
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataan hari ini berkata bekalan air terawat daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) stabil dan mencukupi berdasarkan rekod bacaan harian dilakukan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS.
"Trend bekalan air JANS yang diperoleh UMS dari Januari 2024 semakin meningkat dan terkini pada tahap stabil, konsisten dan mencukupi iaitu pada purata lima juta liter sehari (MLD)," katanya.
Populasi terkini di kampus induk UMS mencecah 20,000 orang sehari dan memerlukan sekitar tiga MLD ke lima MLD sehari.
Selain itu, Kasim berkata projek pembinaan telaga tiub yang dibiayai melalui peruntukan dana seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga telah siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik.
Beliau berkata bekalan air alternatif itu bagi mengurangkan impak kepada para pelajar sekiranya terdapat gangguan bekalan air JANS akibat kerja-kerja penyelenggaraan terancang, berjadual atau berlaku insiden yang tidak dapat dielakkan.
Justeru, katanya UMS kini tidak mempunyai sebarang isu berkaitan bekalan air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMS
#bekalan air
#Pulih
#telaga tiub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan