Tiada lagi pemakaian baju lokap oren SPRM - Latheefa

Hilmi Malik
Julai 8, 2019 11:12 MYT
Latheefa Koya dalam satu temu bual eksklusif bersama The Malaysian Insight berkata tahanan SPRM dibenarkan membawa baju sendiri. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat keputusan untuk menghentikan pemakaian baju lokap oren terhadap tahanan SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu temu ramah eksklusif bersama portal The Malaysian Insight pada Isnin berkata, pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.
Latheefa dipetik sebagai berkata, tahanan di bawah SPRM dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah.
Dalam satu mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI hari ini, Latheefa mengesahkan satu kenyataan ringkas akan dikeluarkan pihaknya seawal esok.
'Esok saya akan keluarkan kenyataan ringkas, InsyaAllah," jawabnya.
#baju lokap oren #Berita Nasional #Latheefa Koya #Malaysia Baharu #pakaian sendiri #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #tahanan SPRM