awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi perkongsian suasana raya di Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
10/04/2024
10:15 MYT
Tiada lagi perkongsian suasana raya di Gaza
Nurul Ain (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama saudara sebelah suaminya di Gaza tiga tahun lalu.
SHAH ALAM: "Selalunya tahun-tahun sebelum ini kami sekeluarga sibuk berkongsi gambar suasana hari raya namun kini tiada lagi."
Demikian kongsi Nurul Ain Haron, 37, mengenai perkembangan terkini dia dan keluarga mentuanya di Gaza dalam meraikan hari raya Aidilfitri kali ini.
"Saya sangat sedih bila mengenangkan keluarga di Gaza yang dalam kesusahan untuk mendapatkan makanan serta air bersih. Mereka perlu pergi ke laut bagi mengambil bekalan air untuk mandi dan minum.
"Biasa sambutan Aidilfitri di sana sangat meriah, namun tahun ini beraya tanpa rumah hanya dalam khemah di tanah lapang," katanya kepada Sinar Harian.
Ujar Nurul Ain yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama suami yang juga warganegara Palestin, Mohamed Adan Shaat, 33, dia amat merindui keluarga di Malaysia dan Gaza.
Bagaimanapun, dia reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ahli keluarga di Gaza sentiasa di bawah lindungan Maha Esa sehingga kini.
"Aidilfitri sangat bermakna jika kita berada bersama keluarga, saya sudah empat tahun tidak berkesempatan beraya di Malaysia mahupun Gaza. Suami saya juga sudah sembilan tahun tidak beraya dengan keluarganya.
"Alhamdulillah dan insya-Allah mereka selamat, sudah dua bulan kami terputus hubungan dengan ayah suami. Saya mendapat tahu rumah adik ipar musnah semuanya. Syukur rumah ayah mentua dan kakak ipar saya hanya sebahagiannya musnah, itupun sudah seperti hidup segan mati tak mahu," katanya.
Bicara Nurul Ain lagi, walaupun tidak pernah merasai suasana hari raya di Gaza, sambutan warga Palestin juga sama seperti kemeriahan di negara ini.
Tambahnya, perayaan di sana disambut dengan aktiviti seperti kunjung-mengunjung jiran tetangga dan sanak saudara serta berkumpul secara beramai-ramai menikmati juadah.
"Saya rindukan keluarga saya dan sebelah mentua juga. Saya beraya hanya berdua dengan suami di UAE ini. Tiada adik-beradik mahupun saudara.
"Selalu raya di Malaysia mewah dengan hidangan pelbagai makanan dan pastinya kami sibuk membuat panggilan video dengan keluarga di Gaza berkongsi suasana, namun tahun ini tidak dapat merasainya," ujarnya dalam nada sebak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gaza
#aidilfitri 2024
#Palestin
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan