KOTA TINGGI: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan tiada lagi projek sakit membabitkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata terdapat sebanyak 17 projek sakit yang telah dikenal pasti dengan lapan daripadanya setakat ini telah siap sepenuhnya termasuk proses penyerahan kunci.
"Setakat ini, tidak sampai enam bulan tahun ini, lapan projek sakit telah siap dan kunci telah diserahkan, tiga lagi dijangka disiapkan menjelang akhir tahun ini dan bakinya tahun hadapan.
"Menjelang tahun 2024 memang tiada lagi projek sakit...ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang sentiasa mengangkat martabat, menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Nga berkata antara projek sakit yang telah berjaya disiapkan adalah Residensi Taman Raia Sentosa dan Residensi Sitiawan Fasa 2 di Perak; Residensi Woodford Estate Fasa 1 dan Residensi Ranggu di Sabah, Residensi Seri Mahkota di Kedah dan Residensi Bandar Bukit Mahkota di Selangor.
Di Johor, katanya, ia melibatkan projek Residensi Kota Tinggi dan Residensi Pelangi Indah, manakala Residensi Larkin Indah dijangka siap suku ketiga tahun ini.
Terdahulu, Nga dalam ucapannya, berkata Residensi Kota Tinggi mempunyai 625 unit rumah teres serta dilengkapi fasiliti untuk kemudahan penduduk, seperti tadika, dewan serbaguna, taman permainan dan surau.
Beliau berkata projek yang dikenal pasti sebagai Projek Sakit Tahap 1 oleh kementeriannya itu berjaya disiapkan melalui Program Pemulihan Projek Sakit KPKT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata terdapat sebanyak 17 projek sakit yang telah dikenal pasti dengan lapan daripadanya setakat ini telah siap sepenuhnya termasuk proses penyerahan kunci. - Foto BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.